KEPADA HAMBA ALLAH YANG DIKASIHI,

MASJID AL HASSAN DI TEMERLOH INI PERLUKAN SUMBANGAN ANDA

MASJID TUA INI SEMAKIN UZUR AKIBAT SERING DILANDA BANJIR

MASJID BARU PERLU DIBINA SEGERA UNTUK KEMUDAHAN BERIBADAH AHLI QARIAH DI KG. BERHALA GANTANG, TEMERLOH


⬇️ BACA LANJUT ⬇️


Penerangan keadaan semasa masjid daripada Ustaz Hirman Khairi, Pengerusi Masjid Al Hassan


Lokasi tapak tanah masjid tua ini yang rendah menjadi punca ia dilanda banjir teruk setiap tahun sehingga melebihi paras peha. Paras air yang naik dengan cepat menyebabkan banyak peralatan ibadah dan perabot rosak sehingga kerugian puluhan ribu ringgit untuk dibaiki setiap tahun


Dalam pada itu, keluhan tidak selesa, panas dan sempit daripada anak muda yang menunaikan solat jumaat juga semakin kedengaran. Mereka terpaksa berjemaah di dalam keadaan berhimpit, di bawah sekeping zink usang yang disinari terik matahari

Masjid tua ini dulunya dibina mengikut kapasiti penduduk setempat yang tidak ramai dan hanya 1-2 saf sahaja yang dipenuhi. Tetapi pada hari ini jumlah ahli qariah sudah bertambah semakin ramai sehingga 3 kali ganda

Ratusan ahli jemaah di masjid ini juga menghadiri kelas dan kuliah agama setiap minggu di kawasan luar masjid dengan hanya berbumbungkan dua buah khemah. Walau dalam keadaan yang daif seperti ini, ahli jawatankuasa masjid tetap gigih dan aktif dalam menjayakan masjlis ilmu program kuliah dhuha selama bertahun-tahun

Bersebelahan masjid tua ini juga terdapat sebuah asrama dan kelas pelajar tahfiz yang turut berkongsi masjid yang sama. Bukan sahaja untuk beribadah, tetapi mereka juga menggunakan ruangan utama dewan solat masjid tua ini selama 6 jam setiap hari untuk sesi menghafal (hafazan)

Jika sumbangan untuk pembinaan masjid baru sudah mencukupi, masjid baru akan dibina dan masjid tua ini pula akan ditukar fungsi menjadi madrasah tahfiz untuk kegunaan mereka sepenuhnya

“Kalau kelas waktu petang mesti ada rasa tak selesa, berhaba dan panas. Balik asrama tengah hari tu mesti kena mandi”



Masjid baru ini memerlukan dana RM3 juta untuk sempurna dibina dengan segera dan akan dibina atas permukaan tanah yang tinggi bersebelahan jalan raya utama bagi mengurangkan risiko banjir

Justeru itu, pihak jawatankuasa masjid Al-Hassan serta ribuan penduduk setempat di Kg. Berhala Gantang merayu pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan berbentuk derma, infaq atau waqaf

Pembinaan masjid baru ini akan memanfaatkan lebih daripada 1000 penduduk setempat untuk : 

Wujudnya masjid baru ini bermaksud tempat beribadah utama penduduk sekitar Kg. Berhala Gantang sudah tidak lagi berisiko untuk dilanda musibah banjir besar setiap tahun

Para pelajar tahfiz juga boleh memanfaatkan sepenuhnya ruangan masjid lama sebagai madrasah mereka untuk menuntut ilmu setiap hari

Sabda Nabi Muhammad SAW : ‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak” - (Hadith riwayat Muslim)


Sesungguhnya tiada satu pun sumbangan yang sia-sia, tetapi hasil & keuntungannya dirasai di akhirat negeri abadi kelak In Shaa Allah




Bagaimana Anda Boleh Bantu Untuk Bina Rumah Allah Ini?

Pilih pakej di bawah untuk berinfaq dalam usaha pembinaan masjid ini


Dikesempatan ini, pihak Yayasan EZ Prihatin berbesar hati mengajak tuan puan sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan dalam menjayakan projek Pembinaan Masjid Baru ini bagi membantu ahli qariah di Kg. Berhala Gantang, Temerloh. Sesungguhnya usaha infaq ini merupakan suatu pelaburan yang tidak akan rugi, pahala mengalir berterusan walaupun kita sudah tiada.  Semoga Allah swt memberkati usaha murni kita ini


Firman Allah SWT dalam Surah al-Muzzammil, ayat 20 bermaksud :

“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”




NOTA PENTING: AKAD INFAQ


Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah:


"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) kepada Usaha Pembinaan Masjid Baru yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin”


Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq



⬇️ INFAQLAH IKUT KEMAMPUAN ANDA ⬇️




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Dermawan (RM500)
Pakej Hartawan (RM300)
Kongsi Rezeki (RM150)
Kongsi Rezeki (RM50)
Kongsi Rezeki (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel contact@yayasanezprihatin.org di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaYAYASAN EZ PRIHATIN
No. Akaun562405633644
Buka Maybank2u  
PenamaYAYASAN EZ PRIHATIN
No. Akaun3819342018
Buka PBeBank.com  

Pertanyaan Lanjut