Projek Food Bank

MEMBERI MAKAN AMALAN TERBAIK DALAM ISLAM
Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam
Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau
kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)
“Kami hanya mampu memberi makan anak-anak
ini lauk telur sahaja kerana itu yang paling murah. Ikan tak mampu beli. Daging
korban masa raya korban sahaja dapat rasa.”
Kata Ibu Laila, penjaga Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Jalan Gurney.
Tidak kami sangka situasi ini boleh berlaku
di Malaysia.
Mari sama-sama kita bantu mereka yang kekurangan bekalan makanan khususnya anak-anak kecil yang baru hendak mengenal dunia.
Program FOOD BANK ini adalah anjuran Yayasan EZ Prihatin dengan
kerjasama EZ Qurban Sdn Bhd.
Sasaran penerima:
Rumah Anak Yatim
Rumah Perlindungan
Pusat Tahfiz Anak Yatim
Rumah Orang-orang tua
Masjid (ahli kariah)
Program FOOD BANK di Rumah Anak Yatim At-Taqwa
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim : No 4689)
NOTA PENTING: AKAD INFAQ
Untuk teruskan infaq anda,mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah:
“Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaqkan) atas nama (niat infaq atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Food bank yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Maybank : Yayasan EZ Prihatin
No akaun : 562405633644
Sila letakkan reference “FOOD BANK ”
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut: