
NADI KEHIDUPAN MEREKA

"Kanak-kanak terpaksa berjalan jauh &
mengangkat tong air yang berat setiap hari
untuk mendapatkan air bersih"
.jpg)




Yayasan EZ Prihatin telah menjalankan lawatan ke pulau-pulau sekitar Semporna dan kawasan berdekatan dan terjejas dengan isu telaga air.
Bantuan sementara seperti barang keperluan telah disalurkan semasa lawatan awal ini.

- Lebih teratur dan sistematik
- Mudah diakses dan digunakan oleh penduduk
- Jarak lebih dekat dengan rumah penduduk kampung
- Menjimatkan masa pengambilan air
- Kualiti air lebih mudah dijaga dan dikawal
- Sistem yang jimat dan mesra pengguna
- Mudah diselenggara
- Projek boleh ditambah baik pada bila-bila masa
Sasaran kami:
RM100,000 Dana ini akan digunakan untuk;
3 menara air utama
2 menara air untuk surau
3 telaga baharu di setiap pulau
Manfaat kepada;
2,000 penduduk
Laporan Terkini: Pembinaan Telaga Air di Pulau Bohean

Fasa 1: Pembelian Bahan Pembinaan
Langkah pertama pembinaan telaga air bersih di Pulau Bohean telah dimulakan dengan pembelian bahan-bahan binaan. Antara bahan utama yang diperoleh termasuk tangki air septik, besi GI tahan karat, kayu kayan, simen, set paip PVC hitam, serta bahan lain yang diperlukan bagi memastikan kerja pembinaan dapat dijalankan dengan lancar.
.jpg)
Fasa 2: Kerja Pembinaan Bermula
Proses pemuatan barangan ke dalam bot bersama kontraktor telah dimulakan bagi penghantaran ke Pulau Bohean. Setibanya di lokasi, kerja-kerja pemasangan terus dijalankan dengan penuh komitmen. Antara cabaran utama yang dihadapi termasuk akses yang terhad serta keadaan geografi yang mencabar, namun hal ini tidak menghalang kelancaran pelaksanaan projek.
#SkuadPrihatin turut turun padang membantu dan menyaksikan sendiri perjalanan pembinaan ini. Pengalaman berada di kawasan yang serba kekurangan untuk mendapatkan sumber air bersih benar-benar membuka mata tentang keperluan mendesak yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
Fasa 3: Projek Siap Dibina
Alhamdulillah, penantian masyarakat Pulau Bohean akhirnya berakhir. Tangki air telah berjaya dinaikkan, menandakan satu pencapaian besar dalam usaha menyediakan sumber air bersih kepada mereka. Dengan adanya telaga air ini, penduduk kini boleh menikmati air yang lebih bersih, lebih selamat, dan lebih mudah diakses.
Ini semua tidak akan terlaksana tanpa sokongan daripada para penyumbang yang budiman. Setiap sumbangan yang anda hulurkan telah membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat di sini.
Anda bukan sahaja membantu memberikan mereka air, tetapi juga peluang untuk membina kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
“Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (Al-Anfal: 74)
Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah memberkati setiap usaha kita.
Sumbangan Boleh Dibuat Melalui
Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:
Akaun: Yayasan EZ Prihatin
No akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK)
Sila letakkan rujukan: Telaga Air Sabah
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut:
(Cik Azrin: 010-4467624)
Lafaz akad
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Projek Infaq Telaga Air Pulau Bohean & Pulau Kulapuan, Semporna, Sabah” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"
Penafian
*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayasan EZ Prihatin.