Jana Saham Akhirat dengan Infaq Bina Surau Baitul Ma’mur, Sg. Tiram, Sabah
Satu-satunya surau di pedalaman kampung



“Saya suka belajar agama, tapi tiada surau, kalau nak berjemaah langsung tiada tempat”
Realisasikan impian 100 anak-anak Asnaf di pedalaman Sabah ini untuk miliki satu-satunya surau di kampung bagi belajar agama demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berkualiti selaras dengan cabaran hidup masa kini.



Majoriti penduduk kampung Sungai Tiram, Sandakan, Sabah ini beragama Islam yang berasal daripada etnik Tidung, Suluk dan Banjar. 

Disebabkan keadaan penempatan yang sering rosak akibat banjir, telah menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti pertanian, dan hanya bergantung kepada upah bekerja ladang meskipun bayarannya sedikit.







Sanggup Keluar Rumah Bergelap Seawal 5 Pagi Untuk Ke Sekolah

 

Hampir setiap hari anak-anak asnaf berumur 7 hingga 12 tahun ini keluar dari rumah seawal jam 5 pagi, ada yang sanggup berjalan kaki, malah bergelap melalui perjalanan sejauh 5km hanya untuk sampai ke sekolah pada jam 7 pagi.

Walaupun jalan yang yang mereka lalui itu rosak dan berlumpur, tidak pula mematahkan semangat anak-anak ini untuk menimba ilmu. Disebabkan jarak yang jauh dari rumah, anak-anak ini meluangkan banyak masa dihabiskan untuk belajar di sekolah.

Amali Solat Terhalang

Sepertimana hak kanak-kanak seumur mereka, pembelajaran asas agama dan penerapan akhlak Islam turut menjadi fokus utama pembelajaran, akan tetapi terganggu disebabkan tiada ruangan khas yang diyakini bersih dan luas bagi menampung anak-anak ini.


 

 

Mereka mengambil wudhu dengan menggunakan air tadahan hujan, pembelajaran amali solat secara berjemaah pula hanya secara teori di kelas, kadang kala terpaksa menumpang di rumah guru dengan ruangan terhad memuatkan 15 orang pelajar sahaja pada satu masa.




Surau Sebagai Pusat Keagamaan Setempat

Anak-anak asnaf disini sangat bersemangat menuntut ilmu, tetapi tidak mempunyai ruang yang selesa selain daripada kelas yang kecil malah jauh pula dari masjid.


Surau ini bakal menjadi satu-satunya pusat perkembangan agama Islam buat anak-anak asnaf ini belajar serta melaksanakan pelbagai lagi aktiviti keagamaan yang dirancang.


 


Dana yang masih Diperlukan:


RM80,000


Sumbangan ini akan memanfaatkan murid dan penduduk sekitar untuk;


- Menunaikan solat jemaah

- Amali solat

- Majlis ilmu


‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadis Riwayat Muslim)



Jadi, marilah berganding bahu dengan Yayasan Ez Prihatin dalam usaha berterusan untuk membangunkan surau dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka.
Semoga dengan setiap ringgit yang dikeluarkan di jalan Allah menjadi tabungan yang bernilai di sisiNya. Aamiin ya Mujib.




NOTA PENTING: AKAD INFAQ

Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah:


"Saya dengan ini berinfaq sebanyak  (jumlah wang yang diinfaqkan)  atas nama  (niat infaq atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Pembinaan Surau Sg. Tiram yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil tidak lebih 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"


Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.



Untuk transaksi bantuan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun:  Yayasan EZ Prihatin

No akaun:  5624 0563 3644 (MAYBANK)

Sila letakkan reference “sgtiram”



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej Dermawan RM500
Pakej Hartawan RM200
Pakej Prihatin RM100
Pakej Kasih RM50
Pakej Rahmah RM30
Sumbangan Seikhlas hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Pertanyaan Lanjut