Bina Tabung Akhirat

Dengan Wakaf Perigi Cianjur

 

 


Sumber Air Bersih Kritikal


Tanggal 22 November 2022 sudah 2 tahun berlalu, namun gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia yang berlaku ketika itu masih menggoncang hati penduduk mereka.

Bencana yang menelan korban hampir 300 nyawa dan lebih 2000 penempatan rakyat sekitarnya, semakin kritikal apabila sumber air bersih utama mereka mula terputus.



 


 



Bangunan Runtuh, Aktiviti Harian Kian Lumpuh


Sejurus berlakunya gempa bumi di sini, gelombang gegaran sekuat 5.6 magnitud itu telah meruntuhkan bukan sahaja bangunan sekolah, akan tetapi meruntuhkan hospital, bangunan pejabat dan rumah penduduk sekitar serta menjejaskan saluran sumber air bersih di kawasan penempatan mereka.


Apabila sumber air bersih sedia ada mula dicatu walau kegunaannya hanya untuk keperluan asas, mereka terpaksa pula berkongsi air daripada perigi kecil tersebut bersama penduduk sekitar yang mencecah 2000 orang. Pelbagai cara digunakan untuk memanfaatkan sumber air yang ada sehingga sanggup  menggunakan semula air hasil kumbahan bagi tujuan pertanian.


Sering Dijangkiti Penyakit Kulit


Dengan kadar lembapan setahun yang rendah, sering terjadinya kemarau sehingga 10 bulan lamanya telah menghalang mereka daripada bergantung harap dengan air hujan. Penduduk setempat juga sering terkena gejala penyakit kulit akibat daripada penggunaan air yang kotor.


Sasaran Program Wakaf Perigi Di Cianjur Agar Penduduk Sekitar

Dapat Memperoleh Air Bersih Dan Beribadah Tanpa Ragu-Ragu


Pembinaan Fasa 1.

(Dua Perigi Telah Siap Dibina)


Alhamdulillah, hasil sumbangan anda, dana serahan sebanyak RM 14.000 telah siap diserahkan dan dibinakan dua buah perigi yang menjadi punca air utama kepada dua buah kampung iaitu

di Lebak Songgom dan Kampung Cilebak. 




Pembinaan Fasa 2.

(1 Perigi Sedang Dibina, Manakala 1 Lagi Perigi Masih Diperlukan)


Sebuah perigi bertempat di Kampung Lebak Songgom sedang dalam proses pembinaan, dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Manakala sebuah lagi kawasan di Cianjur ini sedang kritikal dan memerlukan pembinaan segera sebuah sumber air utama, bertempat di sebuah pusat pendidikan bernama Tahfidz Munjul, Cianjur.


Jumlah Dana Terkini Masih Diperlukan:

1x Perigi =

RM 8,500

(Bahan Binaan + Kos Operasi)


Kaya Dengan Redha Allah Itu Lebih Bermakna


Jika benar kekayaan itu memberi kebahagiaan, bayangkan jika rezeki melimpah ruah diberkati dengan redha Allah. Capai hasrat ini dengan bersedekahlah dengan perkara yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain sepertimana Allah perintahkan dalam ayat berikut:


 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ

 وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ 

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ 


Hai orang-orang yang beriman,  nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu  yang  baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.


(Surah Al-Baqarah, Ayat 267)




Mari kita menyumbang sedikit harta untuk menjamin kehidupan saudara Islam kita di Cianjur ini agar dapat diteruskan dengan berwakaf perigi bersama Yayasan EZ Prihatin.



NOTA PENTING: AKAD WAKALAH

Untuk teruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali akad wakalah seperti di bawah:

"Saya dengan ini berwakaf sebanyak  (jumlah wang yang disumbangkan)  atas nama  (niat atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Projek Wakaf Perigi Cianjur yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil tidak lebih 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"


Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.


Untuk transaksi bantuan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.


Akaun:  Yayasan EZ Prihatin

No akaun:  5642 0563 3644 (MAYBANK)

Sila letakkan reference “wakafcianjur”



No. Pelepasan Cukai*: LHDN.01/35/42/51/179-6.8522

*Untuk rujukan sahaja. Hubungi YEZP untuk maklumat lanjut.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Wakaf Perigi RM500
Wakaf Perigi RM200
Wakaf Perigi RM100
Wakaf Perigi RM50
Wakaf Perigi RM30
Wakaf Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Pertanyaan Lanjut