Infaq Makanan Mahasiswa 2024

Kongsi Rezeki Bersama Mahasiswa Kita Yang Memerlukan


Memberi Makan Amalan Terbaik Dalam Islam

-------

Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)

 



Kos Sara Hidup Yang Semakin Meningkat

-------

Mungkin ramai beranggapan bahawa kadar perbelanjaan mahasiswa adalah rendah. Tetapi, dengan kenaikan harga barang pada masa ini, ianya turut memberi kesan kepada para mahasiwa kita diluar sana.


Walaupun terdapat bantuan ataupun biasiswa, namun ia tidak mencukupi kerana perbelanjaan di universiti tidak sama seperti di rumah. Oleh kerana itu ramai mahasiswa kita yang mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan makanan ini.


Tidak dinafikan ada mahasiswa kita yang mengikuti program ataupun aktiviti yang menyediakan makanan supaya perbelanjaan mereka dapat dikurangkan.


Inisiatif ini juga adalah antara usaha untuk mengurangkan beban mahasiswa supaya lebih fokus dalam pembelajaran. Jika perut kosong ataupun lapar, tentu sukar untuk mereka fokus melakukan sesuatu apatah lagi semasa belajar.






 Setiap minggu 300 penerima manfaat :


          Makanan siap masak atau “ready cooked” adalah bentuk makanan yang akan disumbangkan kepada mahasiswa. Ini bertujuan untuk memudahkan mereka untuk menikmati hidangan tanpa perlu bersusah payah memikirkan atau mencari masa untuk memasak.


Atas dasar itu, kami mengalu-alukan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang dalam program makanan siap masak atau “ready cooked” ini.


Sedekah ini bukan hanya ladang mencari amal tetapi juga mampu menyambung harapan mahasiswa kita diluar sana.




 Sasaran Keperluan Penerima Manfaat :

300 mahasiswa x RM10 = RM3,000 / minggu

RM3,000 x 4 Minggu = RM12,000



 

 Jumlah Dana Diperlukan: 

RM12,000.00 / Sebulan



 “Bayangkan senyuman di wajah mereka apabila menerima makanan hasil sumbangan kita. Pemberian ini bukan sahaja memenuhi keperluan mereka tetapi sebenarnya ada nilai yang jauh lebih penting yang kita tunjukkan iaitu nilai tanggungjawab sesama Muslim.



Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:

Akaun: Yayasan EZ Prihatin

No akaun:  5624 0563 3644 (MAYBANK)

Sila letakkan rujukan: MAKANAN MAHASISWA

 

Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut:

(010-4467624)




Lafaz akad

 

"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Projek Makanan Mahasiswa” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"



 Penafian 

 

*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayasan EZ Prihatin.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq 10 Makanan Mahasiswa RM 100
Infaq 5 Makanan Mahasiswa RM 50
Infaq 1 Makanan Mahasiswa RM 10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Pertanyaan Lanjut