“Seikhlas Budi, Sekampit Beras”

“Seikhlas Budi, Sekampit Beras”

Kenapa sumbangan beras dan ke mana sumbangan akan disalurkan?


Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan menerusi laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, pada tahun 2022 kadar kemiskinan di bandar meningkat daripada 3.9 peratus (2019) kepada 4.5 peratus (2022).


Meskipun negara kita sudah bebas daripada penularan wabak Covid-19 pada beberapa tahun yang lalu, namun masih ada di kalangan saudara kita yang masih tidak menemui peluang pekerjaan yang tetap, mahupun sekadar pekerjaan sampingan bagi mendapatkan semula punca pendapatan mereka. 


Ekoran daripada itu, kos sara hidup yang kian meningkat, disamping bayaran gaji yang rendah terutamanya di kawasan bandar sedikit sebanyak telah mengakibatkan ramai saudara kita di luar sana yang terjejas dek perkara ini.


Mereka terpaksa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan ruji harian, terutamanya mereka yang terdiri daripada ahli keluarga yang ramai.


Bermula dari sinilah, golongan ini terpaksa mencatu makanan dan ada yang lebih meruntun hati, ada juga diantara mereka yang telahpun terputus bekalan makanan untuk jangka masa yang panjang. 



Di kesempatan ini, pihak Yayasan EZ Prihatin mengambil inisiatif bagi melancarkan kempen ‘Sekampit Beras untuk Asnaf’ agar dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik.



Sumbangan tuan puan akan disalurkan kepada golongan sasaran seperti yang berikut:





Bagaimana anda ingin menyumbang?

Di dalam kempen ini, terdapat beberapa pakej sumbangan yang kami sediakan seperti dibawah: 



“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang dala kesusahan, maka Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.”

(HR Muslim)




Kelebihan membantu mereka yang kurang bernasib baik



“Sesungguhnya tiada satu pun sumbangan yang sia-sia, tetapi hasil & keuntungannya dirasai di akhirat negeri abadi kelak. In Shaa Allah.”


Dikesempatan ini, pihak Yayasan EZ Prihatin berbesar hati mengajak tuan puan sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan dalam menjayakan kempen “Sekampit Beras untuk Asnaf” ini agar dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan disamping dapat memberikan sedikit suntikan semangat untuk mereka meneruskan kehidupan seharian yang penuh dugaan. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita ini.


Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:

Akaun: Yayasan EZ Prihatin

No akaun:  5624 0563 3644 (MAYBANK)

Sila letakkan rujukan: Infaq Beras

 

Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut:

(010-4467624)

 


 

Lafaz akad

 

"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Projek Infaq Beras” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"



 

 Penafian 

 

*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayasan EZ Prihatin.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Beras (RM90)
Sumbangan Beras (RM50)
Sumbang Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN



Maklumat Organisasi

Yayasan EZ Prihatin (PPAB39/2019)
contact@yayasanezprihatin.org
+60104467624
Pertanyaan Lanjut